Sejarah

1935 
- Sebuah sekolah terletak di 16 kilimeter dari Segamat ke Labis yang diberi  nama Cawangan  Chong Hua Labis, dan satu lagi terletak di tepi Pekan Tenang Stesen, Ai Chun namanya.
1946 
Atas persetujuan masyarakat Cina dan semua ibu bapa murid sebulat suara telah mengambil keputusan untuk menyatukan sekolah tersebut dan mengekalkan nama Ai Chun.
1949
Apabila kerajaan mengistiharkanDaruratpada tahun 1949, sekolah Ai Chun telah dipindahkan ke Ladang Voules, Tenang Stesen, Segamat.
1961
Sekolah Ai Chun didaftarkan secara rasmi di Jabatan Pendidikan Johor pada tahun 1961 dan diluluskan serta mendapat bantuan penuh kerajaanSebanyak 12 kelas dibuka, darjah satu hingga darjah enam.
1971
- Sebuah bangunan baru dua tingkat siap dibina di atas tapak sendiri seluas 3 ekar 3 rod 5 pol dan mempunyai 6 bilik darjah, sebuah bilik rehat guru, pejabat am, bilik Guru Besar, 2 buah tandas, 3 buah stor dan sebuah kantin.
1972
- Penggal pertama persekolahan bermula di sekolah baru beralamat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun, Tenang Stesen, 85030 Segamat, Johor. 
1973
 PIBG ditubuhkan.
1974 
SRJK(C) Ai Chun terletak satu kilometer dari Pekan Tenang Stesen dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Datuk Mahammad Yacob pada 27 Julai.
1982 
Sebuah bangunan tambahan 3 tingkat telah diperuntukkan dan siap dibina pada tahun 1983 dan digunakan pada awal tahun 1984 sepenuhnya.
1991 
- Dipilih untuk melaksanakan Pra Sekolah Bantuan Penuh Keranjaan bagi SRJK(C) Daerah SegamatKelas ini bermula pada 1 Disember 1991 sehinggalah sekarang.
1992 
Berikutan dengan saranan Kempen Penghijauan Alam Sekitar, satu jawatankuasa keceriaan sekolah ditubuhkan
1997
Dewan besar serbaguna SJK (C) Ai Chun siap dibina.
          - Bilik Komputer PIBG dan perpustakaan diadakan.
2001 
Sebuah makmal komputer dan sebuah tandas baru guru dengan peruntukkan KPM.
2008 
- Pejabat dan bilik guru siap dipasang mozek dan dicat baruSemua perubahan suaian hasil sumbangan daripada Ahli Parlimen Labis. 
2009 
- Atas bantuan KPM, pejabat dan bilik guru berhawa dingin.
2010
- Tempat letak kereta siap ditambahkan 4 lagi atas sumbangan daripada Ahli Parlimen Labis.

No comments:

Post a Comment